Juruservis Lelaki (Pest Control) - Penang
Rentokil Initial
- Bayan Lepas, Pulau Pinang
- Permanent
- Full-time
- Melakukan servis kawalan makhluk perosak seperti semburan, pewasapan, dan pemasangan perangkap untuk menghapus dan mengawal pembiakan lipas, semut, anai-anai, nyamuk, tikus, lalat, kekaltu, dan haiwan-haiwan perosak yang lain.
- Memberi sokongan kepada Penyelia dan pasukan dalam pelaksanaan tugas.
- Membina dan mengekalkan hubungan yang baik dengan pelanggan-pelanggan.
- Memberi laporan yang betul dan tepat pada masanya apabila diarahkan oleh Penyelia.
- Tugas-tugas lain yang berkaitan dengan pekerjaan yang mungkin diberikan kepada anda dari semasa ke semasa.
- Minimum kelayakan pendidikan tahap SPM dan penyerahan sijil ketika permohonan
- Warganegara Malaysia, berumur antara 21 dan 35 tahun (36 tahun ke atas masih boleh dipertimbangkan sekiranya mempunyai pengalaman di dalam industri yang berkaitan).
- Mempunyai Lesen GDL yang sah dan mempunyai pengangkutan sendiri
- Berminat melakukan servis dan kerja luar (outdoor).
- Menetap di kawasan berdekatan.
- Mempunyai sifat ingin belajar. Pengalaman tidak diperlukan kerana latihan insentif akan disediakan.
- Berdisiplin dan mampu mematuhi semua polisi dan dasar Syarikat.
- Berupaya untuk berbahasa Melayu dan juga memahami bahasa Inggeris mudah (penulisan dan percakapan).
- Boleh menggunakan telefon pintar dan celik IT/teknologi.
- Gaji pokok yang menarik, pelbagai jenis elaun dan insentif (bergantung kepada prestasi anda).
- Fleksibiliti dan kepercayaan untuk menggunakan van syarikat bagi tujuan kerja. Kad petrol juga disediakan.
- Insurans kemalangan, nyawa, dan kemasukan hospital.
- Faedah rawatan pesakit luar.
- Faedah rawatan mata dan gigi.
- Caruman KWSP, PERKESO & SIP.
- Pakaian seragam percuma (baju, seluar, topi, t-shirt, sarung kaki, kasut keselamatan, dan alat keselamatan kerja).
- Telefon bimbit dan/atau kad sim untuk kegunaan kerja (bagi yang berkelayakan).
- Pelbagai anugerah berkenaan kecemerlangan kerja, aktiviti korporat, dan inisiatif untuk kebajikan pekerja.